Thursday 5 July 2012

IKHLAS


Ikhlas????? 

Ada apa dengan Ikhlas????

Keikhlasan???
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kita hendaklah ikhlas menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya..Ingatlah dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta itu ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


Orang yang tidak ikhlas senantiasa mengkhianati orang terdekat yang dia kenal.Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.


Bagi aku,biar kita pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang. Sepatutnya kita elakkan berkata kosong kerana itu adalah benih2 dosa yg menjurus kepada pokok dosa yakni dosa besar.


Imam Hasan Al-Basri pernah berkata:
"Tidaklah seseorang memiliki panjang angan-angan, melainkan amalnya menjadi buruk."

InsyaALLAH bila ikhlas,bahagia itu pasti ada.Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kpd org lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya.
Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.

Bak kata Buya Hamka:
"Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia."


No comments:

Post a Comment